About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Amazon Contextual Product Ads

Ramadhan

Thursday, September 4, 2008

Akid mula puasa Ramadhan tahun ni. Untuk hari pertama puasa, berjaya la bertahan sampai pukul 3 petang. Dia dah tak tahan tengok Irfan dan Iffah dok makan kismis yang MakTok bagi, dia pun makan sembunyi-sembunyi dalam bilik. Tapi kantoi ngan TokAyah... hehehe... sian Akid ya, adik-adik makan depan dia. Hari kedua rehat dari puasa sebab tak boleh nak bangun sahur. Hari ketiga bertahan sampai pukul 5 petang. Hari keempat tak puasa juga sebab tak sahur... ni gara-gara mama tak dengar bunyi jam loceng. Sedar-sedar je dengar bunyi azan... dah Subuh la kan. Takpe la, disebabkan Akid masih dalam training, tahun ni bagi dia puasa selang seli. Tapi tahun depan kena puasa penuh ya Akid.

Irfan pula belum lagi puasa tapi dia marah bila orang kata "Irfan tak payah puasa lagi sebab Irfan baru 4 tahun". Jadinya kena la kata dia puasa juga. Ni la ayat-ayat yang selalu dia cakap masa puasa ni. "Irfan makan sikit saja, kejap lagi Irfan puasa la." "Mama, puasa tak boleh makan ya. Ok, Irfan dah tak nak makan dah." (padahal dia baru lepas minum Milo sebotol... hahaha) "Kenapa cakap Irfan tak puasa, Irfan tak makan pun. Irfan makan sikit saja masa kat sekolah tadi."

Iffah gak yang best... tak yah puasa... makan dan minum suka-suka hati dia ja... pantang tengok orang makan, dia pun makan. Orang bangun sahur, dia pun bangun sahur. Orang nak buka puasa, dia dulu duduk bersila depan makanan. Macam-macam kerenah anak-anak masa bulan puasa ni, baru 4 hari ya... nak habiskan sebulan ni lagi la bermacam-macam kerenahnya.

Untuk Sha pulak... tahun ni harap2 berjaya la masak sendiri untuk berbuka dan sahur walaupun lauk yang senang-senang je. Kurangkan membeli di bazar Ramadhan, ye la tahun ni semua makanan dah naik harga. Sha tak pernah lagi la jejak kaki ke bazar Ramadhan tahun ni, hubby je la yang singgah masa dia balik dari pejabat.

Untuk persiapan raya pulak, tengah nak siapkan jahit manik kat baju raya sendiri. Baju Iffah, Akid, Irfan ngan hubby belum siap lagi. Baju anak2 bagi MakTok diorang jahitkan. Baju hubby lak tempah kat tailor dia la. Hajat di hati nak gak la jahitkan baju lain untuk Iffah... harap2 berjaya la. Baru potong kain untuk baju kurung dia, hujung minggu ni nak jahit la (semoga berjaya). Kalau berjaya jahit baju kurung tu baru nak potong kain untuk gaun dia pulak. Baju tidur Akid dan Irfan pun sub kat MakTok jugak (hehe... mama diorang dah malas la ni).

Panjang la pulak celoteh kali ni... sekali sekala ya.

1 comments:

shafarina said...

Salam Ramadhan Sha. Lambat wish pulak. :)

Recent News

Powered by Blogger.