Penangan SMM ngan BMM

Thursday, June 25, 2009

Salam dan hai semua...

Skrg dah pukul 4 ptg tapi masih lagi di sklh... menyiapkan SMM & BMM (sistem2 yg berkaitan dgn murid). Dah hampir sebulan dok mengadap sistem2 ni... bosan pun ada gak... tapi apakan daya, dah kerja kita kan, kena la hadap jugak...

Agaknya otak dan mata Sha dah bosan dok tgk sistem2 tu, Isnin lepas dah takleh terima semua input dah... kena migraine yg teruk sampai tak boleh tgk monitor langsung, kepala pun dah takleh tunduk @pun angkat... sakit sungguh rasanya. Minta kebenaran drp PK utk balik awal... dah telan panadol pun tak ok jugak... makin sakit rasanya.

Tak sabar tunggu hubby balik ptg tu nak ajak pegi klinik. Sampai klinik biasa la kena leter dulu... hahaha... padan muka sendiri kan... dr suruh rehat, jgn buat kerja2 data tu... dia bg 2 hari MC... suruh rehat betul2...

Tapi bosan la bila takleh tgk pc... tgk jugak, tapi takat tgk movie ngan jgk2 FB je la... tak berani lebih2... kang makin sakit lak. Alhamdulillah hari ni dah sihat dan kembali mengadap data... ni selingan sekejap sebab mata dah letih tgk data. Sha ada projek baru tapi belum blh letak sini lagi... tunggu dah siap nanti Sha tayang kat sini ya...

Join the hottest community in town now!

Keputusan periksa Akid

Friday, June 19, 2009

Salam dan hai semua...

Dah lama tak update blog ya... kesibukan melanda (read as: malas). Sekolah dah dibuka kembali maka semakin sibuklah cikgu Sha ini... hihihi... Markah peperiksaan dah selesai, skrg ni nak kena siapkan data BMM pula utk dihantar pada 1 Julai. Dah berpinar biji mata rasanya dok tgk data2 students yg seramai 1433 org tu...

Oh ya, hari ni ke sekolah Akid, ambil report card PPT. Walaupun cikgu kelas dia kata ramai yg turun prestasinya, dia masih lagi kekalkan straight A's dan kedudukan dia dlm darjah. Alhamdulillah, syukur. Cuma lepas ni mama kena rajin sikit tgkkan dia membaca buku2 cerita BM & BI la, terutamanya BM sebab dia dapat semua B utk oral... BI ada gak A... Cikgu dia kata kat kelas pun dia ok, baik jer... hmmm kat rumah garang tu ngan adik2... maklum la anak sulung (takpun ikut mama dia yg garang ni).

Ok lah takleh tulis byk2 sebab nak sambung buat kerja2 data, sesambil tgu kain dlm mesin basuh tu. Esok kena kerja pula... jadinya minggu ni cuti hari Ahad je la...

Join the hottest community in town now!

Berkursus di musim cuti sekolah

Tuesday, June 2, 2009

Salam dan hai semua...

Diam tak diam dah masuk bulan Jun kan... rasanya macam baru je masuk tahun 2009... betapa pantasnya masa berlalu. Sekarang ni sekolah sedang bercuti... tapi Sha belum lagi bercuti sebab kena attend Kursus Aplikasi Web 2.0. Kalau dah namanya web mestilah boleh online kan... hehehe... apa lagi, melencong la sekejap utk update blog yg dah bersawang ni.

Hari ni nak letak gambar Sha & anak2 masa bercuti di Genting bulan April lepas... susah betul nak bergambar dengan diorg ni sebab diorg ni tak reti dok diam... tgk aje la gambar ni...



Join the hottest community in town now!


Award daripada Kak Noor

Wednesday, May 13, 2009

Salam dan hai semua...

dah lama dapat award ni daripada kak noor... tapi tak sempat nak post kat sini... thanks ya kak noor sebab sudi bagi award kat sha... tak perlu jadi selebriti terkenal pun boleh dapat award jugak tau... hehehe
Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini :
1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagai cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.


Ok... Sha nak berikan award ni utk sesiapa saja yang sudi ambil dari blog Sha... salam sayang utk semua...

Nak tulis apa ya...

Salam dan hai semua...

Keletihan malam ni sebab seharian bekerja di sekolah menyiapkan bookmark yang ditempah utk perayaan hari guru... nasib baik kali ni cuma tempahan digiscrap kalau tak jenuh gak la Sha nak siapkan 200 kpg bookmark tu... dah hantar printing petang tadi, Insya Allah hari Jumaat atau Sabtu dapat la... small gift utk cikgu2 kat sklh drpd anak2 murid...

Sambutan hari guru kat sekolah Sha akan dibuat pada hari Isnin 18 Mei... rasa sedih sebab kami dah rancang pelbagai aktiviti dgn pelajar tapi terpaksa dibatalkan sebab sambutan hanya dibenarkan sehingga jam 10 pagi sahaja... dah la tu, diasingkan sesi pagi dan petang... Hari Guru ni lah satu2nya hari cikgu2 nak enjoy dgn student setelah penat mengajar pada hari2 lain... tapi apakan daya... "Saya yang menurut perintah"... terima jelah... tak boleh nak tulis banyak2 kat sini, kang kena gam pulak... :P

Sha belum sediakan lagi hadiah hari guru utk cikgu2 Akid dan Irfan... ingat hujung minggu ni baru nak bawa diorg pegi shopping la ataupun kalau sempat kang, Sha buatkan je lah apa2 hadiah utk cikgu2 diorg tu... any suggestion???

Join the hottest community in town now!

SeLaMaT hArI iBu

Sunday, May 10, 2009

Salam dan hai semua...

malam tadi terima e-card dari sahabat tersayang... tersentuh membaca kata-kata yang ditulis... jadi Sha share kat sini utk semua ya...

Khas buat mereka yang bergelar ibu, mak, umi, mama, mummy dan cik (utk orang trg dan kelate).

Mungkin hari ini tidak seperti hari itu

Maklumla hari ini hari ibu…tidak seperti selalu

Hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu.

Dengan harapan anakmu peluk cium dirimu dengan ucapan

I love u…

Hari ini mungkin anakmu buat begitu

Sayangnya ..Mungkin juga tak seperti selalu

Terlupa yang dirimu itu ibu yang sebenarnya perlu dibelai selalu.

Hahaha...

Jangan sedih ibu

Lantaran kata-kata ini khas buatmu.

Walau penat lelah sekali pun dirimu seperti selalu

Walau penat jerih dirimu menunggu anakmu di pintu

Menunggu anakmu yang macam-macam jenis ragam itu.

Yang marah akan ibu kerana lambat jemput dari sekolah ,

yang marah ibu kerana asyik membebel tak tentu arah,

yang marah ibu kerana tak sedap masak macam hampeh…

sabar je la kan…

Mungkin ibu pernah kata

erm…budak-budak memang begitu,

semua harapkan ibu,ibu tak de baru tau.

Dan anak ibu berkecil hati sebab ibu lupa buat kek hari jadi.

Tapi bila tiba hari ibu atau hari lahir ibu , ibu selalu menjeruk hati.

Kali ini ibu jangan macam itu. Ibu jangan sedih jika anakmu tidak

Ingat seperti selalu atau tidak pernah ucap selamat hari ibu…

Kerana itu semua tidak penting.

Ucapan itu tidak penting.

Yang penting tugasmu yang diberi Allah itu

Dilaksanakan sebaik mungkin dan penuh jitu

Yang Penting hari ini hari ibu…

Ibu mesti senyum selalu

Biarlah mereka tidak ingat diri mu

Namun aku yang juga bergelar ibu..

Ingin ucapkan SELAMAT HARI IBU

Ceria selalu…dan sepotong kek buat dirimu

Yang bergelar Ibu, Umi, Mak, Mama , Mummy atau Cik …

Gelaran itu penuh ertinya kerana ia lambang pintu syurgamu…

Tetapi dengan syarat la kan…taat Allah, Rasul dan suamimu.

Taat anak tak masuk kategori ini ye…fikir-fikirkan le…



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Join the hottest community in town now!

Waktu di hospital

Tuesday, April 28, 2009

Salam & hai semua...

Dah lama tak update blog ya... Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T., Sha & Iffah dah sihat. 3 hari kat wad memang membosankan... nasib baik ada Iffah, boleh gak main dengan dia. Iffah tak macam orang sakit pun, lari sana, lari sini... suka betul dia, kami tgk movie, cartoon sama2. Seronok betul bila diberi rehat ya.

Sha kena masuk air 4 botol... (bila balik tgk cermin... mak aiii, tembamnya pipi... hehehe). Iffah tak kena masuk air tapi dia kena ambil antibiotik by injection jugak... so, dr dah masukkan jarum kat tangan dia. She's such a brave girl... sikit pun dia tak nangis. Akid, Irfan & babah pun datang tido kat hospital gak... Irfan kata "Best la duduk kat hotel ni mama... ada astro" ~ sabar je la... hospital tu dia ingat hotel... ok la kot utk kali ni... layan je la gambar2 kat hospital ni ek

Iffah & friends... Iffah tgh sembang2 ngan cik teddy & cik kittyBaring2 ngan cik teddy
Opsss... Iffah ngan Titinnya
Abg Irfan nak sibuk gak la...

Join the hottest community in town now!

Ke hospital...

Tuesday, April 14, 2009

Salam & hai semua...

Disebabkan sakit yang berpanjangan dan tak sembuh2, semalam Sha dan Iffah ke Hospital Pantai Puteri jumpa specialist. Sha kena buat blood test ngan x-ray, Iffah cuma kena x-ray je. Result utk Iffah ada virus or bacteria dalam paru2 sebelah kanan. Disebabkan Iffah ni susah sangat nak makan ubat kena la masukkan ke wad utk suntikan antibiotik. X-ray Sha tunjuk ada jangkitan kuman sikit je kat paru-paru kiri, tapi result blood test pulak kantoi sebab sel darah putih berlebih. Sepatutnya kurang daripada 11 tapi Sha pulak dah cecah 16.5... huhuhu... byk gak tu. Jadi utk cepat sembuh, ddr. sarankan masuk wad juga sama dengan Iffah. Sebab dah lewat petang semalam, takde bilik double yg kosong utk Sha & Iffah, so, hari ni la baru kami akan ke sana. Doakanlah Sha & Iffah cepat sembuh ya... Amin...

Join the hottest community in town now!

MC lagi... dugaan... dugaan...

Friday, April 10, 2009

salam dan hai semua...

minggu ni sha MC lagi 2 hari sebab demam... demam Iffah kurang sikit tapi batuknya masih ada... mama pun demam jugak plus batuk ngan selsema... batuk teruk sangat sampai rasa perit kat tekak, cam luka jer tekakku itu... adui... camna la nak mengajar ni... tak puas rasanya kalau takleh bercakap... huhuhu... harap2 sakit ni semakin berkurangan dan bertambah baik... amin...

rasa bosan pulak bila MC byk hari ni, memang la badan tak sihat tapi takleh nak tido... bila baring je, mula ler batuk tak berhenti2 rasa cam nak semput pun ada gak... apa nak buat ek... teringin nak makan egg tart la... google2 cari resepi, jumpa... tgk bhn2 yg diperlukan... semuanya ada kat umah... mula menguli pastri... lepas 1 1/2 jam (hehehe... first time buat tak pro lagi nak menguli doh pastri) egg tart siap dan boleh dimakan... this is one of Akid's favourite... seronok dia bila tau mama dia dah reti buat egg tart... lepas ni takyah la pi beli kat bakery lagi...

malam ni pulak plan nak menjahit tapi mesin jahit lak buat hal... hampir 20 kali putus benang... huhuhu... simpan je la... sakit hati takleh jahit ngan mesin... buat pin cushion kecik satu la... jahit tangan jer la... inilah hasil MC sha hari ni... oh ya... nak kena tido dulu sebab esok kena sekolah... ganti utk hari raya nanti... daaa


Join the hottest community in town now!

Iffah demam

Tuesday, April 7, 2009

salam dan hai semua...

banyak hari tak menulis apa2 di sini... cuti sakit minggu lepas pastu sibuk dengan hari anugerah cemerlang sekolah dan minggu ni Iffah pulak demam panas... letih berjaga utk monitor temperature dia belum abih lagi... anak2 sha kalau demam selalu temperaturenya naik sampai 39-40 degree... jadi memang kena monitor selalu... Alhamdulillah ptg ni dah ok sikit demamnya tu... harap2 takde la naik lagi temperature dia tu...

hampir setiap sabtu kena kerja sampai tak sempat nak pi shopping... hari ahad yang tinggal digunakan utk membasuh, melipat, meng'iron' baju, mengemas dll kerja2 rumah yg tak sempat disiapkan pada hari bekerja... jadi semalam sempatkan jugak ajak hubby keluar beli brg2 dapur yg dah hampir habis... sambil menyelam minum air ya... sementara menunggu hubby keluarkan duit di ATM sha shopping kain sat kat Nagoya... nak buat apa? ada la... nanti kalau dah siap baru boleh tunjuk kat sini... :D



Join the hottest community in town now!

Happy Birthday to me

Thursday, April 2, 2009

salam dan hai semua

pada tanggal 2 april 1978, jam 9.30 pagi maka lahirlah seorang puteri kepada en. abd rahim & pn. che su ke dunia ini. ya... puteri itu ialah saya... hehehe...

apa la yang direpekkan tu yer... takde apa cuma nak bagitau yang hari ni birthday sha yang ke-31... Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana dipanjangkan umur sehingga ke hari ini... yang lebih menggembirakan hari ni hubby akan balik dari Langkawi setelah beberapa hari berkursus di sana :D plus sha juga dapat MC dari doktor utk hari ni dan esok... bahagianya boleh berehat2 di rumah... kenapa dpt MC??? sebabnya sha sakit tekak, dah makin teruk kata doktor jadi dia tak bagi sha bercakap byk2 utk elakkan kecederaan tu makin parah... bila sha kata "i'll try my best" dia kata "you have to rest your throat before it become worst" jadinya dia bagi la MC 2 hari... dia kata, cikgu ni kalau pegi sekolah, mana boleh tak bercakap, dia mesti nak berckp juga, jadi duduk kat rumah jer... tapi kena gak cakap ngan anak2 kan... dia kata guna bahasa isyarat je or ignore je la kejap bila diorg nakal2 tu... hahaha... jadinya... hari dan besok boleh enjoyyy...

Join the hottest community in town now!

Baiduri Hannani

Tuesday, March 17, 2009

Baiduri Hannani dah 25 hari masa Mak Ngah ambil gambar ni...
baru je rasanya ambil gambar dia masa 3 hari dulu...

Seronok betul tengok dia tidur... nyenyak je...
Alahai... senyum la pulak...
Comelnya dia pakai hairband...
Bulat je mata dia... cam budak besar je
Kaki Hannani dengan kakak Iffah... hehehe...

Join the hottest community in town now!

Akid & Iffah pula...

Gambar abg Akid asyik blur je... sian dia, satu ni je yg memang cun...
Iffah lak macam2 aksinya...
Laju je Iffah lari sebab kena kejar dengan abg Akid

Join the hottest community in town now!

My Cheeky Irfan

Monday, March 16, 2009

Tak duduk diam langsung... semua pose ni dlm masa 1 minit je...
Ada gaya body builder tak?
Sedih... huhuhu... (Cichik dia kata cam orang frust bercinta ja...hahaha)
"Tembak mama... bang... bang..."
"Hahaha... Mama, tengok la Irfan ni"
Nak tido la pulak... dah letih dah...

Join the hottest community in town now!

Sibuknya...

Salam dan hai semua...

Rasa cam dah lama je tak update blog ni. Minggu lepas sibuk ulang alik ke PPD memberi taklimat kepada guru2, jadi bila balik rumah, selesaikan kerja2 rumah, pukul 9.30 mlm dah tidur. Lega dah selesai beri taklimat tu. Yang bestnya hari pertama bagi taklimat hujan lebat, guruh, petir bagai... pastu siap black out lagi... huhuhu... Terpaksa la gunakan kemahiran wajib bg seorang guru, lontaran suara yg kuat... sakit tekak kejap balik tu.

Dan minggu ni enjoy cuti sekolah selama 9 hari... actually 8 je sebab 1 hari tu kena pegi exam PTK. Bila la nak dapat 4 utk kedua2 paper tu... Tahun ni target nak dapatkan 4, nanti tak yah la amik lagi dah... Banyak yang nak diselesaikan dalam masa seminggu ni. Hujung minggu lepas balik kampung kejap, dah lama tak jumpa mama & abah, rindu rasanya... Iffah dah merengek2 nak susu ni, nanti Sha upload gambar anak2 masa kat kampung ya.

Join the hottest community in town now!

Discount Coupon PhotoMama.com

Monday, March 9, 2009

Salam & hai semua...

Sha hampir terlupa, masa PhotoClinic Sabtu lepas, Sha dapat Discount Coupon utk jadi Premium Member TPMC... menarik tuu... Kami dulu kena bayar full tau... so, sapa2 yang berminat tu jangan malu2 yer... sebelum 11th March 2009... 2 hari je lagi... pat pat nyer... sapa cepat dia punyer...


Join the hottest community in town now!

TPMC - 1st Photo Clinic

Saturday, March 7, 2009

Salam dan hai semua...

Alhamdulillah, dhiarrea Sha dah ok. So, we went to the 1st photo clinic with TPMC's member. All the way from Ipoh ke Taman Tasik Perdana. (hehe... sebenarnya nak hantar flash yang ada problem... so, alang2 join la sekali photo clinik tu) Masa utk praktikkan apa yang dah dipelajari thru tutorial. Mula2 kena belajar tentang setting2 kamera sendiri... beli je kamera tapi tak abih2 study, so, kita tanya la tok guru cepat sikit dapat ilmunya :D

Ni ada la sikit2 gambar yang Sha rasa cam ok tapi kalau ikut tok guru kena bykkan latihan lagi... Jenuh la menonggeng, meniarap utk dapatkan eye contact anak2 kecik ni... huhuhu... nak belajar punya pasal, layan jer...

cubaan ambil gambar waktu buai bergerak... ok la... tapi cam kurang je warnanyagambar Uzair ni mama dia siap meniarap lagi... tapi auntie Sha tak mampu nak meniarap lagi... gelap sikit ni...
yang ni terang sangat la pulak... tapi suka ekspresi muka Iffah masa ni
percubaan utk bokeh... blur sikit gambar ni... fokus lari... huhuhu
Iffah tak mau posing sangat hari ni, dia lebih tertarik ngan playground la...
selit jugak gambar anak tok guru, Orked Saiful
cubaan utk dptkan eye contact
lagi cubaan bokeh... Athirah...

Join the hottest community in town now!

Iffah @ rumah Chichik

Friday, March 6, 2009

Salam dan hai semua... dah lama tak ambil gambar anak2 betul2 (photo session). Bulan lepas waktu balik dari KL sempat singgah kat rumah baru adik Sha, Zana. Kami tak pernah lagi ke rumah baru diorang tu, dah alang2 on the way balik, singgah la jap. Bila terpandang je dinding rumah diorang yang bersih tu terasa cam nak ambil gambar anak2 berlatarkan dinding tu. Suka tengok hasilnya... walaupun tak secantik pro.
"cheeky girl"
"ni mata saya"
"ni hidung saya""wah... tgk apa tu?"
"ni telinga saya" alamak... abg Irfan interfrem la pulak
ok la mata dah ngantuk... nanti sambung lagi ngan gambar2 abg Akid & abg Irfan pulak

Join the hottest community in town now!

Renungan #4 DOA

Ketika kumohon kepada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian,
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta,
Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong
Ketika kumohon kepada Allah bantuan,
Allah memberikanku kesempatan
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang kuperlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain terbuka,

tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita
Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,

kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.
Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum,
jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal,
kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.

Join the hottest community in town now!

PhotoMama.com


Untuk semua mama2, papa2 atau sesiapa saja yang berminat utk belajar fotografi secara online... bolehlah join kami di PhotoMama.com. Hanya klik pada logo di sebelah kanan atas untuk ke sana.