Assalamualaikum & salam sejahtera...
Dah hampir 4 bulan tak post apa-apa kat blog ni... rindu nak bercerita tapi sibuk (malas nak menaip sebenarnya). Alhamdulillah dah hampir separuh tahun 2011 dah kan... kalau bulan Islam dah masuk Rejab dah pun. Sekejap saja masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak puasa.
Anak-anak semakin membesar... mama pun sama membesar... hehehe... Insya Allah bulan puasa nanti kami akan terima ahli keluarga baru jugak... harap-harap Allah permudahkan semuanya. Inilah kali pertama Sha akan deliver & berpantang time puasa. Dulu tgk kakak ipar dan adik2 ipar je yg berpantang time puasa. Kali ni boleh la rasa sendiri.
Separuh tahun dah berlalu, maknanya anak2 yg bersekolah dah dapat keputusan periksa pertengahan tahun. Alhamdulillah, Abg Akid macam biasa la... kalau tak no 1, no 2 dalam kelas. Irfan pulak dah berjaya mengenal huruf2 kecil dan mengeja 2 ke 3 suku kata. Cuma dia masih lagi confuse dgn beberapa huruf besar saja lagi... kena banyakkan lagi latihan membaca utk dia. English pun masih bermasalah lagi sebab dia bunyikan dalam melayu. Dia merupakan salah seorang pelajar kelas dia yang akan mengikuti program LINUS nanti. Harap2 by the end of this year dia dah ok dengan semua huruf2 tu. Kena byk2 bersabar dgn anak yg istimewa ni kan... tak boleh push2 dia nanti terus merajuk tak mau membaca. Tapi mama bangga sebab Irfan dapat tempat ke-4 dalam kelas ya. Nanti kita usaha lagi sampai Irfan boleh pandai membaca macam Abg Akid ya.
Itu cerita abg2 yg dah bersekolah. Kakak Iffah pulak masih kekal dengan "princess" dia la, since she's the only one girl yg mama ada kan. Sekarang ni kakak suka menari ballet macam Angelina Ballerina tu... sampai pening mama, sebab hari2 nak pakai gaun kembang. Pantang dibelikan baju baru terus nak pakai. Sampaikan baju raya dia pun dah nak pakai jugak. Alhamdulillah Azeem dah hampir setahun 2 bulan. Dah pandai berjalan dan sebut beberapa perkataan mudah macam mama, bah, nak. Azeem pun pandai merajuk jugak... mungkin sebab dah nak dapat adik ya. Dia la yg paling cepat dpt adik... so, nanti mama kena jaga 2 baby sekali la ya...
As for me, sekarang ni mmg pergerakan terbatas sikit sebab sedang membesar dengan jayanya kan. Semua aktiviti kraf dan bisnes sampingan terpaksa dihentikan sekejap. Kena bagi laluan utk anak2, hubby dan paling penting utk diri sendiri. Insya Allah lepas dah sihat balik nanti Sha sambung. Skrg ni cuma ambil tempahan kek dan coklat drp member2 opis jer la. Itupun dlm kuantiti yg sikit jer. Takut time dpt tempahan tu mmg tgh mode LETIH takpun MALAS kan... nanti kecewakan org pulak kan. Oklah, dah byk sgt merepek2 ni... lain kali kita sambung ya (ntah bln bila pulak la tu kan... hehehe)
3 comments:
salam.. drop by baca entry ni..
selamat kembali berblog...
klik2 iklan nffng...
smaa2 jana tabung..
kunjung2lah.. dan klik2..
salam perkenalan...
salam
patutlah lama mendiamkan diri sha.. ingatkan busy sangat keje kat PPD tuh.. rupanya tunggu orang baru lagi..
hehe keep in touch ye!
normaliza ~ thanks... dah klik2 dah...
wan ~ hehehe... tu la pasal... insya Allah, nak rajinkan berblog balik... sha baru dapat balik ke sekolah last friday... tu pun rezeki jugak tu... Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan sha...
Post a Comment