About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Baking... baking... baking...

Saturday, October 24, 2009

Salam dan hai semua...

Dah lama Sha tak update blog ya... Sejak akhir2 ni rasa malas nak menaip :P Kalau boleh nak rehat jer... blh tak? Harap2 baby ni tak malas nanti ya... 2-3 minggu kebelakangan ni sibuk baking masa weekend... so, skrg ni nak tayang2 gmbrnya... tgk la kek2 yg tak brp cantik ni ya...

Spongebob & Patrick utk Ira & Naila
Clouds & Aeroplane utk Hanan
Marble Brownies Cheesecake (yg ni yg paling byk sekali) - utk jamuan raya office hubby, utk kenduri adik, utk member2 office hubby
Brownies utk majlis pertunangan
Chocolate Cuppies utk Jamuan Hari Raya & Sambutan Kanak2 tadika Irfan

Cuppies Pack

Tuesday, February 17, 2009

Set of 9 cuppies - utk cikgi2 sesi ptg

Set of 4 - utk Nadrah sbb lupa birhday dia :P
Set of 4 - utk kak Zan, roomate Sha kat pejabat
Set of 4 - utk McRose & McSyu
Set of 4 - utk kak Jaja
Set of 4 - utk ammi & family
Set of 4 - utk ammi & family
Set of 4 - utk kak Jah

Akid's Birthday

Monday, February 16, 2009

7 tahun lepas... jam 1.15 tgh hari... lahirlah seorang bayi lelaki yg dinamakan Syazwan Akid... Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. hari ni Akid dah pun 7 tahun... rasa macam baru je bersalin, skrg Akid dah masuk drjh 1... Semoga Akid jadi anak yang soleh...

Sama macam Irfan, Akid pun nak theme Ultraman jugak... Mama dah penat lukis Ultraman sampai ada yg kurus - tak cukup mkn la tu, ada yg gemuk - nak kena diet la pulak nanti, kang takleh lawan ngan raksaksa :P

Sebab Akid sekolah sesi petang, boleh la Sha hantarkan cuppies ngan goodie bags ke sekolah Akid utk dia celebrate ngan classmate dia... masing2 berebut2 nak cuppies yg ada "Otomen"... "Aunty, aunty, kita nak yg ada otomen... tak nak yg tulisan tu..." Nasib baik memang 5 ketul je ada tulisan, kalau tak haru la jugak... Waktu tu waktu rehat, so, ramai la yg berdiri kat tepi kelas tu tgk, sian pulak kat diorang. Nasib baik cuppies tu memang Sha buat lebih, berebut2 budak2 tu nak cuppies... macam pisang goreng panas.

Irfan's Birthday

Saturday, February 14, 2009

salam dan hi semua

semalam tak sempat nak update gambar2 cuppies utk birthday Irfan... mamanya kena kerja, jadi tak sempat nak celebrate ngan dia kat Tadika Kristalria... tapi Sha sempat la jugak sediakan cuppies utk Irfan celebrate ngan kawan2 kat tadika... Irfan request cuppies Ultraman... jenuh la mamanya melukis Ultraman sampai ada yang senget2 hehehe... takpe la janji gambar Ultraman kan...
satu kotak theme Ultraman
satu kotak lagi campur2 sebab takut girls tak nak cuppies Ultraman pulak nanti...
goodie bags utk kawan2 Irfan

Cuppies for Juaini

Saturday, January 24, 2009

Hari ni sempat siapkan tempahan drpd Jue, cikgu sekolah Sha utk majlis pertunangan dia esok. Satu kotak utk hantaran dan satu kotak lagi utk makan2 ngan family. Byk lagi yg perlu diperbaiki... masih dlm proses belajar mendeco.

More Cuppies

Thursday, January 22, 2009

Lebihan cuppies utk pot luck tu Sha letakkan dalam pack set of 4.
Set ni utk salah seorg student yg berjaya menjawab soalan dgn cepat dan tepat.
Set ni pulak Irfan bawa ke sekolah... katanya nak makan kat sekolah, tapi dia tak makan pun... dia bagi kat kawan2 dia kat sekolah... promosi cuppies mama agaknya...
Set yg akhir ni pula salah seorg cikgu minta utk anak dara dia...

1st Pot Luck

Our very 1st pot luck for 2009. Kali ni main dishnya ialah steamboat dan spaghetti. Sha cuma sempat buat cuppies je untuk pot luck kali ni sebab byk kerja yg nak dibuat. Lagipun hubby outstation... :( takde orang nak bantu kat rumah. Disebabkan dah keletihan selepas seharian bekerja di sekolah, bermesyuarat di PPD, fetch anak2 dari babysitter, nursery dan sekolah... Sha sempat prepare sekotak jer untuk kawan2. Insya Allah kalau ada rezeki, disihatkan tubuh badan oleh Allah SWT, dapatlah diorang merasa lagi cuppies tu lagi.
Ni gambar2 cuppies dan pot luck hari ni...
Photos taken by my colleague, kak Jaja

Cuppies for my colleagues

Tuesday, December 16, 2008

Malam tadi rajin sikit, so buat la sikit cupcakes utk dibawa ke sekolah. Deco pun yg simple jugak... maklum la saya budak baru belajar. Anak2 pun bawa ke rumah Ammi diorg jugak pagi tadi, nak bagi Ammi rasa cupcakes.

Cuppies for my sis

Sunday, December 14, 2008

Today is my sister's 1st anniversary. I baked some cuppies as a gift for her and did a simple deco for her. I know she's happy with it... hihihi... enjoy your cuppies dear.

Cuppies

Saturday, December 6, 2008

Petang tadi sempat buat cuppies utk minum petang. Percubaan pertama buat chocolate buttercream. Alhamdulillah menjadi cuma lain kali perlu kurangkan manisnya. Berjaya juga buat rosette di atas cuppies walaupun tak berapa cantik lagi bentuknya. Lepas tu tabur sugar ball kat atas rosette tu... nampak menarik tak utk budak2?

Cupcakes & Fancy Cookies

Monday, December 1, 2008

Last Saturday Sha hadiri kelas CC & FC dengan Kak Ida. Seronok betul rasanya bila berjaya hasilkan cupcakes & fancy cookies yang comel2. Tambah seronok bila tunjuk pada anak2... semua tak sabar nak makan kek comel mama buat. Fancy cookies yang sekotak tu habis sekejap jer, siap berebut lagi nak bentuk2 pilihan diorang. Balik Ipoh ni kena la cari bahan2 utk buat cc & fc utk anak2. Diorg dah pesan "Nanti mama buat byk2 lagi ya! Sedap la mama!" Seronoknya rasa bila dgr anak2 cakap camtu.
Ni la hasil sugar paste Sha yang pertama... takde la cantik sangat tapi seronok bila berjaya buat sendiri. Tak susah pun nak membuatnya. Lepas ni boleh la buat sendiri utk anak2.
Sambil2 belajar tu dok bersembang2 pasal anak2. Disebabkan Sha ada 3 orang anak yang menanti di bilik hotel tu Kak Ida dengan baik hati bagi extra cuppies utk Sha deco special for the kids. Jenuh juga la nak pikir nak lukis gambar apa. Bila bawa balik tunjuk kat anak2, diorang tanya "Mama lukis ultraman apa tu, Dyna ke Nexus ke Max?"... "Ntah la sayang, mama tak ingat camna rupa ultraman tu semua, mama main lukis je la"... hehehe...
Yang ni pula Sha deco guna butter cream & piping gel. Kena practice selalu utk dapatkan deco yang cantik. Paling susah sekali nak buat pink rose tu. Nasib baik Kak Ida sabar mengajar.
Inilah kesemua hasil kerja Sha waktu kelas CC ngan Kak Ida. Sesapa yang berminat boleh la melawat Kak Ida.
Ini pula Fancy Cookies. Ada beraneka bentuk. Berebut2 Akid & Irfan pilih bentuk yang diorang nak. Nasib baik Iffah kecik lagi. Kalau tak pening mama.

Recent News

Powered by Blogger.
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers