Syukur Alhamdulillah...
Sunday, June 26, 2011
Posted by Sha at 9:46 PM 0 comments
Dah lama menyepi...
Sunday, June 19, 2011
Posted by Sha at 9:48 AM 3 comments
R.I.N.D.U
Thursday, February 10, 2011
Posted by Sha at 10:19 AM 0 comments
DATA & EBM
Thursday, July 29, 2010
Posted by Sha at 2:54 PM 1 comments
sibuk sgt2
Thursday, July 15, 2010
Posted by Sha at 3:24 PM 0 comments
First time menang giveaway
Sunday, July 11, 2010
Posted by Sha at 2:31 PM 0 comments
Labels: Me
Sopping lagi...
Tuesday, June 8, 2010
3 hari balik kampung mmg koyak rabak poket... itupun ada kedai yang tak sempat Sha pergi... huhuhu... takleh nak keluar lama2 sebab teringat kat Azeem yg kena tinggal di rumah ngan babah... tapi puas hati sangat2 sebab dpt cari byk benda yg Sha nak...
Kain flanel... cadangnya nak jahit clothpad sendiri... go for green... skrg ni kan isu pad n pampers yang beracun... Iffah dan Azeem mmg dah pakai cloth diapers... skrg mama pulak nak pakai clothpad... dah ada dah yg dibeli tapi tak cukup pulak rasanya... nak jahit sendiri la... pastu nak bg hadiah kat adik2 pulak... galakkan diorg pulak go for green dan boleh la tolong diorg berjimat kan...
Air dry clay... yang ni nak buat craft ngan anak2... biasanya waktu cuti sklh ni sha mmg akan luangkan masa utk anak2... kebetulan cuti sklh kali ni sha mmg tgh dlm cuti bersalin, sha dah susun aktiviti utk diorg sepanjang 2 mgu ni... takut diorg bosan kan... iya la... babah dah tak blh ambil cuti rehat... babah dah habiskan cutinya menjaga anak2 masuk hospital hari tu...
Buku utk anak2 dan juga utk diri sendiri... suka sgt... dh lama tak membeli buku (padahal sblm bersalin baru jer beli) Sha mmg dah lama nak mencari buku2 yg berkaitan dengan kisah nabi ni... bila jumpa ja terus beli semua yg ada... hahaha... what a shopaholic...
Fat quarters... kopak gak la tapi sbb suka sgt, beli gak la...
Yoyo maker, bias tape maker, renda, buttons, quilting ruler, batting
Posted by Sha at 4:00 AM 7 comments
Berdebar-debar...
Tuesday, April 13, 2010
Dah lama rasanya tak update blog ya... rindu rasanya kat blog ni... tapi apakan daya, kena selesaikan dulu tugas2 di pejabat dan rumah. Maklum ler dah nak bercuti panjang ni kan... Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri dengan kerja pejabat. Kerja2 yg perlu diselesaikan sebelum bercuti ni pun ok... cuma nanti masa berpantang kena la tgk2 data sbb takde org yg gantikan tempat Sha ni.
Diam tak diam hari ni dah 13hb April... baby dah masuk 37 mgu 5 hari... anytime boleh bersalin... berdebar2 pulak rasanya. Iffah dulu cesarean, so, dah lebih 6 thn tak bersalin normal ni. Dah lupa camna rasa contraction, sakit bersalin semua tu... Harap2 kali ni takde masalah... Doakan Sha sentiasa sihat dan selamat melahirkan ya... Ok ler, takleh lama2... ada kerja lagi nak dibuat... nanti bila Sha dah bersalin, Sha update kat sini ya...

Posted by Sha at 9:24 AM 1 comments
Labels: Me
tukar tempat...
Sunday, March 7, 2010
dah lama tak update blog ni... sawang & habuk jgn cakap la kan... bermula 1hb Mac lepas, sha dah tak mengajar lagi di sekolah... bertukar ke tempat baru, bidang tugas baru... mula2 terasa sunyi sangat sbb dah biasa dgn riuh rendah students, bunyi loceng pertukaran waktu... dah seminggu ni Alhamdulillah, mula sibuk dgn tugas2 baru dan tak terasa sgt la rindu tu...
dulu pukul 2.30 ptg dah ada di rumah skrg ni hampir pukul 6 ptg baru sampai rumah...
dulu nak ke sklh takde traffic light langsung, skrg ni kena meredah 3 traffic light bersama2 dgn jam yg tak sedap (sbb takleh mkn)...
dulu blh gak landing2 atas katil bila balik sklh, skrg ni takde harapan dah ler...
apa-apa pun sha harap sha blh sesuaikan diri dgn cepat... belajar tugas2 baru ni sblm cuti bersalin, risau gak tak sempat nak belajar dah bersalin... huhuhu... semoga dpt laksanakan tugas di tempat baru ni lebih baik lagi...

Posted by Sha at 7:42 PM 2 comments
Labels: Me
Byknya sawang!!!
Monday, December 14, 2009
Dah lama tak update blog ni... sah2 dah penuh sawang... Skrg ni tgh enjoy cuti sklh... sekejap je dah separuh cuti sekolah... tinggal lagi 3 mgu je sblm sekolah mula. Alhamdulillah, banyak kerja2 yang terbengkalai beberapa bulan ni dpt diselesaikan walaupun ambil masa 2 kali ganda la kan (sbb dah jadi kenderaan berat skrg ni).
Mgu ni nak bawa anak2 berjalan ke Melaka sblm kenduri AyahChik diorg kat Seremban... mgu dpn sibuk nak siapkan majlis sambut menantu kat Alor Setar pulak... Selama menyepi ni ada byk benda nak tulis sebenarnya... tapi takde mood nak menaip... so, Sha pi lawat blog kawan2 je la baca entry2 terbaru... harap2 dapat mood menaip tu segera nanti... ok lah, nak merehat2kan diri sat ngan baby ni...
Posted by Sha at 4:17 PM 4 comments
Labels: Me
Lamanya menyepikan diri...
Thursday, September 17, 2009
dah lama sangat Sha tak update blog ni ya... bukan takat bersawang jer, dah nak berkulat agaknya ek... kemalasan melanda ditambah dengan badan yang tak berapa sihat ni memang tak de mood nak menulis di sini... tapi hari ni gagahkan diri post entry ni...
Harap2 2-3 minggu lagi Sha dah boleh mulakan aktiviti2 yg terbengkalai... banyak kerja yang tertangguh kebelakangan ni... ada banyak benda nak post kat sini tapi tak daya nak tenung laptop ni lama2... Kandungan Sha baru masuk minggu ke-9, harap2 cepatlah hilang morning sickness ni... teruknya lebih kurang masa mengandungkan Iffah dulu... doakan Sha dan baby ni sihat ya... ni first time Sha alahan waktu bulan puasa... memang dugaan sungguh... semoga Allah sentiasa tabahkan diri dan sihatkan tubuh badan Sha...
Untuk semua kawan2 blogger atau pengunjung blog Sha ni, Sha ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...
Posted by Sha at 8:20 AM 0 comments
Labels: Me
Penangan SMM ngan BMM
Thursday, June 25, 2009
Skrg dah pukul 4 ptg tapi masih lagi di sklh... menyiapkan SMM & BMM (sistem2 yg berkaitan dgn murid). Dah hampir sebulan dok mengadap sistem2 ni... bosan pun ada gak... tapi apakan daya, dah kerja kita kan, kena la hadap jugak...
Agaknya otak dan mata Sha dah bosan dok tgk sistem2 tu, Isnin lepas dah takleh terima semua input dah... kena migraine yg teruk sampai tak boleh tgk monitor langsung, kepala pun dah takleh tunduk @pun angkat... sakit sungguh rasanya. Minta kebenaran drp PK utk balik awal... dah telan panadol pun tak ok jugak... makin sakit rasanya.
Tak sabar tunggu hubby balik ptg tu nak ajak pegi klinik. Sampai klinik biasa la kena leter dulu... hahaha... padan muka sendiri kan... dr suruh rehat, jgn buat kerja2 data tu... dia bg 2 hari MC... suruh rehat betul2...
Tapi bosan la bila takleh tgk pc... tgk jugak, tapi takat tgk movie ngan jgk2 FB je la... tak berani lebih2... kang makin sakit lak. Alhamdulillah hari ni dah sihat dan kembali mengadap data... ni selingan sekejap sebab mata dah letih tgk data. Sha ada projek baru tapi belum blh letak sini lagi... tunggu dah siap nanti Sha tayang kat sini ya...
Posted by Sha at 4:03 PM 3 comments
Keputusan periksa Akid
Friday, June 19, 2009
Dah lama tak update blog ya... kesibukan melanda (read as: malas). Sekolah dah dibuka kembali maka semakin sibuklah cikgu Sha ini... hihihi... Markah peperiksaan dah selesai, skrg ni nak kena siapkan data BMM pula utk dihantar pada 1 Julai. Dah berpinar biji mata rasanya dok tgk data2 students yg seramai 1433 org tu...
Oh ya, hari ni ke sekolah Akid, ambil report card PPT. Walaupun cikgu kelas dia kata ramai yg turun prestasinya, dia masih lagi kekalkan straight A's dan kedudukan dia dlm darjah. Alhamdulillah, syukur. Cuma lepas ni mama kena rajin sikit tgkkan dia membaca buku2 cerita BM & BI la, terutamanya BM sebab dia dapat semua B utk oral... BI ada gak A... Cikgu dia kata kat kelas pun dia ok, baik jer... hmmm kat rumah garang tu ngan adik2... maklum la anak sulung (takpun ikut mama dia yg garang ni).
Ok lah takleh tulis byk2 sebab nak sambung buat kerja2 data, sesambil tgu kain dlm mesin basuh tu. Esok kena kerja pula... jadinya minggu ni cuti hari Ahad je la...
Posted by Sha at 11:00 PM 0 comments
Labels: Me
Berkursus di musim cuti sekolah
Tuesday, June 2, 2009
Diam tak diam dah masuk bulan Jun kan... rasanya macam baru je masuk tahun 2009... betapa pantasnya masa berlalu. Sekarang ni sekolah sedang bercuti... tapi Sha belum lagi bercuti sebab kena attend Kursus Aplikasi Web 2.0. Kalau dah namanya web mestilah boleh online kan... hehehe... apa lagi, melencong la sekejap utk update blog yg dah bersawang ni.
Hari ni nak letak gambar Sha & anak2 masa bercuti di Genting bulan April lepas... susah betul nak bergambar dengan diorg ni sebab diorg ni tak reti dok diam... tgk aje la gambar ni...
Posted by Sha at 9:56 AM 3 comments
Nak tulis apa ya...
Wednesday, May 13, 2009
Keletihan malam ni sebab seharian bekerja di sekolah menyiapkan bookmark yang ditempah utk perayaan hari guru... nasib baik kali ni cuma tempahan digiscrap kalau tak jenuh gak la Sha nak siapkan 200 kpg bookmark tu... dah hantar printing petang tadi, Insya Allah hari Jumaat atau Sabtu dapat la... small gift utk cikgu2 kat sklh drpd anak2 murid...
Sambutan hari guru kat sekolah Sha akan dibuat pada hari Isnin 18 Mei... rasa sedih sebab kami dah rancang pelbagai aktiviti dgn pelajar tapi terpaksa dibatalkan sebab sambutan hanya dibenarkan sehingga jam 10 pagi sahaja... dah la tu, diasingkan sesi pagi dan petang... Hari Guru ni lah satu2nya hari cikgu2 nak enjoy dgn student setelah penat mengajar pada hari2 lain... tapi apakan daya... "Saya yang menurut perintah"... terima jelah... tak boleh nak tulis banyak2 kat sini, kang kena gam pulak... :P
Sha belum sediakan lagi hadiah hari guru utk cikgu2 Akid dan Irfan... ingat hujung minggu ni baru nak bawa diorg pegi shopping la ataupun kalau sempat kang, Sha buatkan je lah apa2 hadiah utk cikgu2 diorg tu... any suggestion???
Posted by Sha at 8:51 PM 0 comments
Waktu di hospital
Tuesday, April 28, 2009
Dah lama tak update blog ya... Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T., Sha & Iffah dah sihat. 3 hari kat wad memang membosankan... nasib baik ada Iffah, boleh gak main dengan dia. Iffah tak macam orang sakit pun, lari sana, lari sini... suka betul dia, kami tgk movie, cartoon sama2. Seronok betul bila diberi rehat ya.
Sha kena masuk air 4 botol... (bila balik tgk cermin... mak aiii, tembamnya pipi... hehehe). Iffah tak kena masuk air tapi dia kena ambil antibiotik by injection jugak... so, dr dah masukkan jarum kat tangan dia. She's such a brave girl... sikit pun dia tak nangis. Akid, Irfan & babah pun datang tido kat hospital gak... Irfan kata "Best la duduk kat hotel ni mama... ada astro" ~ sabar je la... hospital tu dia ingat hotel... ok la kot utk kali ni... layan je la gambar2 kat hospital ni ek
Posted by Sha at 6:16 PM 0 comments
Ke hospital...
Tuesday, April 14, 2009
Disebabkan sakit yang berpanjangan dan tak sembuh2, semalam Sha dan Iffah ke Hospital Pantai Puteri jumpa specialist. Sha kena buat blood test ngan x-ray, Iffah cuma kena x-ray je. Result utk Iffah ada virus or bacteria dalam paru2 sebelah kanan. Disebabkan Iffah ni susah sangat nak makan ubat kena la masukkan ke wad utk suntikan antibiotik. X-ray Sha tunjuk ada jangkitan kuman sikit je kat paru-paru kiri, tapi result blood test pulak kantoi sebab sel darah putih berlebih. Sepatutnya kurang daripada 11 tapi Sha pulak dah cecah 16.5... huhuhu... byk gak tu. Jadi utk cepat sembuh, ddr. sarankan masuk wad juga sama dengan Iffah. Sebab dah lewat petang semalam, takde bilik double yg kosong utk Sha & Iffah, so, hari ni la baru kami akan ke sana. Doakanlah Sha & Iffah cepat sembuh ya... Amin...
Posted by Sha at 9:50 AM 5 comments
MC lagi... dugaan... dugaan...
Friday, April 10, 2009
minggu ni sha MC lagi 2 hari sebab demam... demam Iffah kurang sikit tapi batuknya masih ada... mama pun demam jugak plus batuk ngan selsema... batuk teruk sangat sampai rasa perit kat tekak, cam luka jer tekakku itu... adui... camna la nak mengajar ni... tak puas rasanya kalau takleh bercakap... huhuhu... harap2 sakit ni semakin berkurangan dan bertambah baik... amin...
rasa bosan pulak bila MC byk hari ni, memang la badan tak sihat tapi takleh nak tido... bila baring je, mula ler batuk tak berhenti2 rasa cam nak semput pun ada gak... apa nak buat ek... teringin nak makan egg tart la... google2 cari resepi, jumpa... tgk bhn2 yg diperlukan... semuanya ada kat umah... mula menguli pastri... lepas 1 1/2 jam (hehehe... first time buat tak pro lagi nak menguli doh pastri) egg tart siap dan boleh dimakan... this is one of Akid's favourite... seronok dia bila tau mama dia dah reti buat egg tart... lepas ni takyah la pi beli kat bakery lagi...
malam ni pulak plan nak menjahit tapi mesin jahit lak buat hal... hampir 20 kali putus benang... huhuhu... simpan je la... sakit hati takleh jahit ngan mesin... buat pin cushion kecik satu la... jahit tangan jer la... inilah hasil MC sha hari ni... oh ya... nak kena tido dulu sebab esok kena sekolah... ganti utk hari raya nanti... daaa
Posted by Sha at 11:19 PM 2 comments
Labels: Handmade, Masak-masak, Me
Iffah demam
Tuesday, April 7, 2009
banyak hari tak menulis apa2 di sini... cuti sakit minggu lepas pastu sibuk dengan hari anugerah cemerlang sekolah dan minggu ni Iffah pulak demam panas... letih berjaga utk monitor temperature dia belum abih lagi... anak2 sha kalau demam selalu temperaturenya naik sampai 39-40 degree... jadi memang kena monitor selalu... Alhamdulillah ptg ni dah ok sikit demamnya tu... harap2 takde la naik lagi temperature dia tu...
hampir setiap sabtu kena kerja sampai tak sempat nak pi shopping... hari ahad yang tinggal digunakan utk membasuh, melipat, meng'iron' baju, mengemas dll kerja2 rumah yg tak sempat disiapkan pada hari bekerja... jadi semalam sempatkan jugak ajak hubby keluar beli brg2 dapur yg dah hampir habis... sambil menyelam minum air ya... sementara menunggu hubby keluarkan duit di ATM sha shopping kain sat kat Nagoya... nak buat apa? ada la... nanti kalau dah siap baru boleh tunjuk kat sini... :D
Posted by Sha at 3:26 PM 3 comments
Happy Birthday to me
Thursday, April 2, 2009
pada tanggal 2 april 1978, jam 9.30 pagi maka lahirlah seorang puteri kepada en. abd rahim & pn. che su ke dunia ini. ya... puteri itu ialah saya... hehehe...
apa la yang direpekkan tu yer... takde apa cuma nak bagitau yang hari ni birthday sha yang ke-31... Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana dipanjangkan umur sehingga ke hari ini... yang lebih menggembirakan hari ni hubby akan balik dari Langkawi setelah beberapa hari berkursus di sana :D plus sha juga dapat MC dari doktor utk hari ni dan esok... bahagianya boleh berehat2 di rumah... kenapa dpt MC??? sebabnya sha sakit tekak, dah makin teruk kata doktor jadi dia tak bagi sha bercakap byk2 utk elakkan kecederaan tu makin parah... bila sha kata "i'll try my best" dia kata "you have to rest your throat before it become worst" jadinya dia bagi la MC 2 hari... dia kata, cikgu ni kalau pegi sekolah, mana boleh tak bercakap, dia mesti nak berckp juga, jadi duduk kat rumah jer... tapi kena gak cakap ngan anak2 kan... dia kata guna bahasa isyarat je or ignore je la kejap bila diorg nakal2 tu... hahaha... jadinya... hari dan besok boleh enjoyyy...
Posted by Sha at 11:01 AM 6 comments
Labels: Me









