About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Amazon Contextual Product Ads

Cameron Highlands

Monday, November 10, 2008

Assalamualaikum... dah lama rasanya menyepikan diri ya. Sibuk dengan tugas2 di sekolah... Alhamdulillah, final exam dah selesai. Markah2 semua dah siap dimasukkan (harap2 tak de la yang tersilap key-in). Seminggu lagi dah nak mula cuti sekolah tapi kerja2 sekolah macam tak putus2 ja datang. Kena selesaikan sebab nak bercuti pada 2 minggu pertama ni... lepas tu baru la mulakan balik tugas menyediakan jadual waktu sekolah untuk tahun 2009.

Sabtu lepas, Hubby ajak ke Cameron Highlands... pukul 2.30 ptg kami bertolak ke sana. Masa nak naik ke atas tu cuaca cerah sangat tapi malangnya bila sampai kat atas tu hujan mulai turun. Tak sempat nak bawa anak2 jalan sangat, cuma bawa tengok ladang teh dan ke pasar malam di Brinchang je. Itupun dalam hujan. Tak sempat nak membeli belah untuk kawan2 sebab meredah hujan dengan anak2 ni memang mencabar kesabaran hehehe... Diorang seronok la dapat main hujan, Mama diorang risau takut demam, nanti tak boleh ke sekolah. Pukul 7.45 malam kami turun dari Brinchang. Risau pulak tengok Hubby kena drive dalam keadaan hujan lebat dan malam yang gelap gelita. Dalam hati berdoa semoga selamat tiba di rumah. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.00 malam kami tiba di rumah.

Insya Allah kalau berkesempatan lagi, cuti sekolah nanti pergi lagi... kali ni nak bermalam di sana la. Tak sempat nak bergambar dengan buah2 strawberi... Hubby sempat la juga ambil gambar2 Sha dengan anak2. Tapi bila nak ambil gambar Hubby dengan anak2 pula, hujan semakin lebat... apa lagi... lariiii...


Malas nak scrap jadi ambil je QP dari Zakirah. Thanks Z, for sharing. Kalau berminat boleh la ke blog Z.

2 comments:

kakchik said...

wah, sha... bestnya dapat gi cameron, jeles kakchik. pergi sekali je sebelum ni ke ladang teh bharat, mardi, pasar malam tanah rata, lepas tu ladang starwberry... best kan?

Sha said...

memang best kakchik... cuma tu la hujan lebat la pulak masa kat atas tu... takpe la lain kali ajak hubby bermalam kat sana pulak... tak sempat pi ladang strawberry

Recent News

Powered by Blogger.