About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Sibuk, sibuk, sibuk...

Friday, December 26, 2008

Salam semua... Bulan disember ni memang bulan yang sibuk. Sekarang masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan jadual waktu utk 2009. Otak dah letih berfikir, migraine jgn cakap la kan... selang sehari rasanya. Sedaya upaya Sha elakkan diri dari ambil ubat... Alhamdulillah berjaya. Jadual dah 80% selesai (sepatutnya dah habis, tapi byk pula perubahan di saat2 akhir ni). Harap2 dapat la selesaikan segera. Pastu serahkan pada orang yang sepatutnya buat jadual... mula2 kata minta tolong je, tapi macam bukan minta tolong tapi minta buatkan la pulak :P Tahun depan Sha dah tak buat jadual waktu lagi sebab dah dapat tugas baru.
Akid dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Persiapan utk dia dah selesai. Irfan pula masih lagi kat Kristalria. Nak kena arrange transit diorang sebelum ke sekolah dan balik dari sekolah. Banyak benda yang nak diselesaikan sebenarnya sebelum masuk tahun 2009 aka waktu cuti sekolah ni. Tapi kebanyakannya terbengkalai sebab asyik ulang alik ke sekolah, pastu bila balik rumah dah keletihan. Mana nak buat kerja2 rumah, nak pikir pasal jadual lagi, anak2 lagi. Doakanlah Sha berjaya menyelesaikannya ya sebelum tahun 2009 ya.

4 comments:

Unknown said...

Kesian cikgu sorang ni. Terbeban sampai migrain tu. Biar KakChik tolong doakan yang penting sekali Sha sihat, migrain hilang, badan ok dan satu lagi moga2 dalam kepenatan tu Sha masih lagi dapat bergembira sebab bila badan sihat dan mental gembira, letih pun tak apa.
Bersabar ya Sha.

Sha said...

Terima kasih Kakchik sebab tolong doakan Sha. Insya Allah Sha tetap bergembira. Hari ni nak bawa anak2 ke Zoo Taiping, kemudian terus balik kampung. Jadual dah 85% siap. Tinggal nak tetapkan waktu rehat cikgu2 lepas tu generate. Harap2 takde masalah yg besar nanti. Amin

funfliffy said...

salam sha, check out this thread and respon plz thanks sweetie http://lovescrap.8.forumer.com/viewtopic.php?p=9607#9607

thanks for inform me :)

semoga cepat sembuh...hubby saya cikgu kena gi skolah time bertugas je tuh pun skali je...

funfliffy said...

salam..boleh baca entry fliffy tak kat sini http://fliffy.fotopages.com/?entry=1766385 mesti korang teruja ! for sure... have fun

Recent News

Powered by Blogger.
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers