About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Amazon Contextual Product Ads

Jadual oh jadual

Thursday, January 8, 2009

Sekolah dah mula. Maknanya bermulalah episod baru di tahun baru. Thn ni Sha ditugaskan jadi guru data... ramai yang kata naik pangkat, tapi sebenarnya bukan naik pangkat tapi tambahan tanggungjawab jer, gajinya tetap sama macam cikgu2 lain jugak. Rasa lega sangat dapat lepaskan tugasan membuat jadual waktu sklh. Dah hampir 6 tahun rasanya bergelumang dengan jadual ni. Cuti sekolah lepas merupakan kali terakhir (harap2 begitu la) Sha buat jadual.

Nak kata susah tak la susah, tapi nak kata senang pun tidak juga. Mula dengan menyusun cikgu2 yg akan mengajar mata pljrn bg kelas mana. Kemudian nak tentukan cikgu mana yg rehat pertama dan kedua. Kemudian, tgk pula cikgu mana yang kena balik lewat (yg ni Sha memang tak suka buat sebab nanti mesti kena dgr rungutan2). Nak key-in data tu dlm sistem, nak generate, nak selesaikan masalah2 yg timbul. Memang meletihkan. Selalunya Sha prefer buat 2 orang shj sebab kalau dah ramai2 menggodeknya lg byk la mslh yg akan timbul.

Itulah yg terjadi kali ni. Sha diminta utk membantu... membantu je tau... ajarkan cikgu2 baru... Data awal disediakan oleh orang lain, lepas tu syp jer. Terus bg Sha data (itupun org lain yg bagi), suruh key-in (konon2nya ala... key-in ajer). Maslh timbul bila ada cikgu2 yg bertukar keluar dan masuk. Kena la rombak data, tapi org yg berkenaan tu buat senyap ajer sampai la bila dipanggil oleh PK baru dtg. Ok la dah dtg kan. Tapi yg tak syoknya, tak tanya pun apa masalahnya, tak ajak pun Sha bincang. Dia ja bincang dgn PK. Dah abis, bagi Sha sehelai kertas yg ada catatan perubahan suruh betulkan. Patutnya tukar la data tu dalam borang yg sepatutnya... dah tu memang kerja dia kan. Ini tak, Sha yg kena buat pulak. Ok la... sabar... sabar... Buat la kerja2 tu semua, macam2 masalah timbul, ada cikgu yg sikit sgt waktu mengajar, ada kelas yg tak cukup subjek, ada cikgu yg terlebih waktu mengajar... macam2 la. Siapa yg nak kena selesaikan semua tu? Siapa lagi... Sha la kan... pening, migraine, sakit pinggang, jangan ckp la... Sabar lagi

Bila dah siap, baru dia nak tanya, "Ada masalah ke?", "Apa yg blh akak tlg?". Rasa macam nak hempuk semua kertas2 tu kat dia pun ada gak... sabar je la. Kenapa tak tunggu tahun dpn baru tanya. Sebelum siap takde plak dia tanya... kalau tak nak tanya berdepan pun apa la salahnya kalau hantar satu sms tanya "ok ke tak buat jadual?", "ada masalah ke?" Pastu dia pulak yg sibuk2 nak bg boss ttgn semua jadual tu. Byk cantik... aku yg buat kerja ko plak nak kredit yer... (ini kes bengang sebab dah selalu terkena ngan dia la ni :P)

Skrg ni, diorg kena rombak balik sbb ada byk mslh... lantak la... biar diorg pulak la pikir. Selama ni tak pernah nak ambik tahu pun. Sampaikan nak print jadual tu camna pun dia tak reti... Pengajarannya... jgn segan2 bertanya, jgn la dok buat bodoh sombong... tau la awak tu gred tinggi sikit, pastu ada master... tak rugi apa2 pun... dpt ilmu lagi ada la... alamak... pjg gila post ni... luahan perasaan kejap yer...

3 comments:

yong said...

kak sha..akak gun software apa buat jadual..buleh tau tak?? urgent!

AQisH said...

alahaii..cikgu sebenarnyer mmg bz kan..my hubby also a teacher..tp dia ajar form 6..masa memula dulu dia ckp mcm2 dia kena buat..semenjak dah senior ni krg sket bebannya..

sha, kdg2 kena ajar gak org yg bodoh sombong tu..jgn kasik dia pijak paler kita eh..chaiyuk2 ;-)

Sha said...

memang busy kak qish, skrg ni sha dah masuk office lagi la sibuk... mana nak buat kerja sendiri yg berlambak2, PK-PK asyik masuk bilik minta buatkan itu, ini... rasa cam jadi kerani diorg pulak kengkadang tu...

memang nak ajar je dia tu, tapi dia ni cerdik, kipas anggun... dia direct pi cerita itu-ini ngan boss2 kat sekolah tu... pastu dok canang kat semua org kononnya dia la yg susah payah buat jadual tu, tiap2 hari dtg sklh, padahal spjg 3 minggu sha dtg utk buat jadual tu, rasanya 3 hari je dtg pastu dok menyembang jer... sakit betul hati... lepas ni jgn harap la nak tlg dia lagi... lama mana dia nak dpt nama atas penat lelah org lain kan...

Recent News

Powered by Blogger.