About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Amazon Contextual Product Ads

Akid dah Tahun 1

Wednesday, January 7, 2009

Hari ni merupakan hari ketiga persekolahan bagi sesi 2009. Cam skema la pulak ayat ni. Thn ni Akid dah masuk Thn 1. Kesian dia, mama tak blh tgk kat sklh on his first day. Memang rasa terkilan sangat... tapi apakan daya, tuntutan tugas tidak membenarkan mama bercuti pada hari pertama sklh dibuka. Dari awal pagi mama sibuk sampai ke waktu loceng sesi pagi tamat. Lepas tu kena attend meeting pula. Masuk pejabat, tgk apa2 yg patut. Solat & makan, akhirnya pukul 4.30 ptg baru sampai rumah. Keletihan tapi gagahkan diri pergi jemput Akid di sekolah.

Hari kedua baru sempat menjenguk Akid, itupun dah separuh waktu rehat dia. Jenuh la mencari Akid di antara ratusan anak2 kecil di kantin dan kwsn sekitarnya. Semuanya nampak sama jer. Iya la kan... students mama semuanya besar2, senang nak kenal... ini anak2 kecil yang berlari2an, babah juga la yang berjaya spot di mana Akid berada. Mula2 tu elok jer dia main, tapi bila nampak babahnya terus sedih la pulak. Alahai... anak mama. Bila ditanya kenapa nangis, "Kenapa mama lambat?". Rasa bersalah la pulak. Agaknya dia tgk mak @ ayah kawan2 dia dtg awal kot, mamanya dah half recess baru nmpk muka. Kena la explain pulak mama kerja, takleh dtg awal. Nasib baik lepas tu dia dah ok balik.

Hari ke-3, sempat melarikan diri lebih awal dari sklh (wah... lari tu). Sampai sblm dia keluar rehat. Bukannya nak buat apa pun, cuma nak tgk dia blh berdikari ke tak, itu je. Memandangkan dia ok jer, esok tak payah la mama datang lagi. Pergi sekolah pun dah naik bas, balik sklh je la mama jemput Akid. Irfan camna pula yer? Dia masih lagi bercuti, minggu depan baru tadikanya mula beroperasi. Jadi kita tunggu apa citer Irfan pulak nanti.

2 comments:

AQisH said...

anak akak pon thn ni darjah 1 gak..sek. dia sebelah jer sek. daddy dia..hr pertama jer akak gi tgk dia kat skool..skrg nih klu daddy dia gi tgk pon dia soh blk hehe..

Sha said...

senang la ya nak uruskan anak yer... ni sklh sha memang jauh dari sekolah dia... lbh krg 20 km, memang tak sempat la nak tgk... dia tanya juga on thursday tu "naper mama tak datang? akid tak nampak sapa2 pun masa rehat" sha cakap kat dia, dia dah besar, dah boleh beli makanan sendiri, tak payah la mama pegi tgk lagi... buat sendiri ya... so, dia pun ok jer la pastu

Recent News

Powered by Blogger.