About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

Kasihan dia...

Tuesday, January 6, 2009

Hari ni sewaktu menjenguk blog Zubye terbaca entry terbarunya "My Rainbow". Kisahnya mengenai anaknya Irfan (namanya sama dengan anak kedua Sha) yang lebam dan luka akibat dibaling mainan oleh rakannya di preschool. Bukan Irfan seorang tapi ada seorang lagi budak perempuan yang luka dan berdarah kepalanya akibat perbuatan budak yang sama.

Ini adalah komen Sha utk entry Zubye tu...
"alahai... sian irfan & that girl... memang betul kata zubye... kita kena didik anak2 dari rumah, cegah dia lakukan perkara2 yg akan membahayakan diri dia dan rakan2 sebaya... segalanya bermula dari rumah...

saya seorang mama dan juga seorang guru... kat sekolah saya hadapi macam2 kerenah pelajar (remaja dah la)... bila kita tegur perbuatan dia salah, dia akan balas balik "mak bapak saya pun tak pernah tegur saya. kenapa cikgu pulak sibuk2" bila cakap dengan parents pulak diorg kata kan tugas cikgu mengajar dan mendidik... memang betul, tapi kena jugak fikir di sekolah dalam satu kelas ada average 35 org pelajar, kadang2 cikgu tak sempat nak tgk setiap satu student tu sebab kena kejar silibus utk di ajar...

jadi saya rasa penting sangat bagi saya as a mother untuk didik anak2 saya semua perkara2 yg saya tak suka pelajar saya buat tu... memang ada sesetgh parents yang akan kata biasa la budak2, tapi melentur buluh kan dari rebungnya... kalau dari kecil kita tak tegur, marah, nasihat... anak2 akan berterusan melakukan perkara2 tersebut sebab tak ada orang yang melarang mereka

kalau saiz badan anak2 kita kecil, kita ajar la dia self defence so that kalau ada orang buli dia dia boleh defence diri sendiri... tapi ingatkan jugak agar dia tak salah guna ilmu tu

as a mother, i memang seorg yg sgt garang and strict because i really don't want my kids to end up like some of my students... moga2 Allah sentiasa berikan kekuatan dan kesabaran dalam mengasuh dan mendidik anak2 and my students too"

Jadi kepada semua ibu bapa, anak2 adalah amanah daripada Allah kepada kita. Mereka lahir ke dunia ni suci bersih seperti sehelai kain putih, kita sebagai ibu bapalah bertanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik mereka. Memang kadang2 kita keletihan selepas bekerja tapi kita tak letakkan tanggungjawab mengasuh dan mendidik mereka kepada pengasuh atau guru2 mereka sebab bukan anak2 kita sahaja di dalam jagaan pengasuh dan guru2 tersebut.

Dan sebagai seorang guru pula, Sha sentiasa berusaha menegur pelajar2 Sha walaupun kebykan dah besar panjang (besar drpd cikgu dia pun... hehe...). Memang susah untuk menegur anak2 remaja ni kerana mereka mudah memberontak tapi apa salahnya mencuba kan... mana la tahu, Allah lembutkan hati mereka kan... mereka jadi anak2 yang berjaya. Amin.

5 comments:

AQisH said...

betul kata2 sha tu..akak amalkan baca Ya Latif kat kepala anak2..insyaAllah diorg akan lembut hati..

Nooryati said...

betul..apa2 pun mula dari rumah..ibubapa lah penentu masa depan anak2 bukan cikgu..cikgu hanya membantu pelajar..akak selalu doakan anak2..bila masak tu baca selawat dan bismillah..yg penting doa kita sbg ibubapa..

Sha said...

sha pun selalu doakan anak2 supaya diorg lembut hati... tambahan pulak anak2 sha ni memang aktif, jadi memang risau kalau diorg pukul kawan2 kat sekolah... tapi Alhamdulillah setakat ni kalau tanya cikgu diorg, diorg ok je kat sekolah

sha pun selalu amalkan baca ayat terakhir surah Ali Imran bila masak makanan utk family... zaman skrg ni sebagai ibu yang bekerja memang besar dugaan dan cabarannya...

Unknown said...

kakchik setuju dgn cara sha komen kat zubye tu. sebenarnya setiap orang terutama ibu bapa adalah guru. guru yang pertama ialah ibu bapalah. janganlah asyik lepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru di sekolah sedangkan kita sebagai guru di rumah melalaikan amanah tersebut. berdosa kita dengan anak-anak dan Allah SWT.

Sha said...

betul kata kakchik tu... sedaya upaya kita sebagai ibu bapa kena laksanakan tanggungjawab yang Allah dah amanahkan kepada kita... sentiasalah berdoa agar kita dapat melaksanakannya dengan baik... Amin

Recent News

Powered by Blogger.
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers