About us

Labels

They Inspired Me - Papercraft

Come and say something here...


Free chat widget @ ShoutMix

SeLaMaT hArI iBu

Sunday, May 10, 2009

Salam dan hai semua...

malam tadi terima e-card dari sahabat tersayang... tersentuh membaca kata-kata yang ditulis... jadi Sha share kat sini utk semua ya...

Khas buat mereka yang bergelar ibu, mak, umi, mama, mummy dan cik (utk orang trg dan kelate).

Mungkin hari ini tidak seperti hari itu

Maklumla hari ini hari ibu…tidak seperti selalu

Hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu.

Dengan harapan anakmu peluk cium dirimu dengan ucapan

I love u…

Hari ini mungkin anakmu buat begitu

Sayangnya ..Mungkin juga tak seperti selalu

Terlupa yang dirimu itu ibu yang sebenarnya perlu dibelai selalu.

Hahaha...

Jangan sedih ibu

Lantaran kata-kata ini khas buatmu.

Walau penat lelah sekali pun dirimu seperti selalu

Walau penat jerih dirimu menunggu anakmu di pintu

Menunggu anakmu yang macam-macam jenis ragam itu.

Yang marah akan ibu kerana lambat jemput dari sekolah ,

yang marah ibu kerana asyik membebel tak tentu arah,

yang marah ibu kerana tak sedap masak macam hampeh…

sabar je la kan…

Mungkin ibu pernah kata

erm…budak-budak memang begitu,

semua harapkan ibu,ibu tak de baru tau.

Dan anak ibu berkecil hati sebab ibu lupa buat kek hari jadi.

Tapi bila tiba hari ibu atau hari lahir ibu , ibu selalu menjeruk hati.

Kali ini ibu jangan macam itu. Ibu jangan sedih jika anakmu tidak

Ingat seperti selalu atau tidak pernah ucap selamat hari ibu…

Kerana itu semua tidak penting.

Ucapan itu tidak penting.

Yang penting tugasmu yang diberi Allah itu

Dilaksanakan sebaik mungkin dan penuh jitu

Yang Penting hari ini hari ibu…

Ibu mesti senyum selalu

Biarlah mereka tidak ingat diri mu

Namun aku yang juga bergelar ibu..

Ingin ucapkan SELAMAT HARI IBU

Ceria selalu…dan sepotong kek buat dirimu

Yang bergelar Ibu, Umi, Mak, Mama , Mummy atau Cik …

Gelaran itu penuh ertinya kerana ia lambang pintu syurgamu…

Tetapi dengan syarat la kan…taat Allah, Rasul dan suamimu.

Taat anak tak masuk kategori ini ye…fikir-fikirkan le…



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Join the hottest community in town now!

0 comments:

Recent News

Powered by Blogger.
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers